Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Kenduri di Tronoh.

Assalamualaikum, hr ni nak cerita pasal semalam... Smlm ana berpeluang mengikut abg long ke rumah mak mertua adik ipar dia di tronoh. Ada kenduri kahwin, so tahniah kepada pengantin baru smlm... Time ktorg otw g tu, ktorg call la kakak ipar aku sorg ni, yg duduk dekat Sri Iskandar, isteri kepada arwah abg Ngah ku... Kot2 dia nak ikut... last2 x dpt jugak cntact. Tbe2 kebetulan, tengah jalan, terserempak, so abg long u-turn utk jumpe.. So, ana pun diperintahkan turun untuk menyapa kak aina, aku pun masuk ke kedai yang kak aina baru masuk, dengan lajunya, aku merempuh kakak, n ckp, "Opss, minta maaf ye kak".. haha.. surprise.. so x sgka la dpt jumpe smlm.... , lps berbual2 dengan mak n semua, maka kami meneruskan perjalanan ke rumah kenduri. ktorg sampai kenduri jam 10.45 pagi, awal woo.. katering pon baru sampai kot.. haha.. so, ktorg lepak la dulu kat rumah adik ipar si abg long ni... so, kat bawah ni, gambar2 yg sempat aku snap smlm... Pengantin yang diraikan Hanim

Masih ada yang mendoakan

"Assala,ualaikum kak rad. Nama saya xxx. Panggil je xxx.   Saya ni student taayah. Junior kak rad. Saya selalu ada masalah peribadi. selalunya yg berkaitan dgn rohanilah. Kwn ada je yg boleh nasihat. Tp sy nak lebih. Sejak masuk U ni mcm2 cabaran dtg. Kdg2 sy tak kuat. Tp sy tgk kak rad tak cm2. Kak Rad kuat. Saya taktaw cane kak rad survive. Boleh tak saya nk nasihat2 dr kak rad? Saya rindu suasana taayah. Saya pun rindu kak rad even kak rad tak kenal pun saya.Semoga Allah merahmati kak rad. Saya syg kak rad. Assalamualaikum. " Kasih Sayang... Alhamdulillah, agak terkejut ana menerima PM ini di FB petang tadi, ya Allah, masih ada yang mengingati diriku, tambahan lagi mendoakan diriku dirahmati oleh Allah. Meskipun sungguh banyak dosaku menggunung, semoga masih ada sekelumit saham yang aku tinggalkan semasa berada di Taayah dahulu, semoga ada antara adik2 yang telah aku tinggalkan dengan segala nasihat, masih mempraktikkannya sehingga ke hari ini. Masih ada juga y

Pulang ke Perak

Assalamualaikum. Saya kini berada di Kuala Kangsar. Dirumah kakak adik kesayangan saya. Saya bertolak dari Klang semalam dalam jam 9.30 malam. Gagahkan naik highway. Konon banyak duit... So, tol dari bukit raja ke Kuala Kangsar adalah sebanyak RM32. Okla, sebab minyak 3 bar je guna. Sampai Kuala sebenarnya dah kuning. Kak Wani (Kakak Zai) ni baru pindah rumah, so kelam kabutla sikit rumahnya. Ha2. Spe2 pun tak tahu saya balik awal ni, kecuali si encik abang. Sebabnya, kalau inform kat mak mesti risau punya lah, Mane taknya, kul 1 jugak smpai kuala, dengan ribut riban lagi... So sepanjang perjalanan semalam, cuma ada satu jela excident. lori termasuk longkang besar tepi highway (adakah anda dapat membayangkan?) Smlm agak lengang jalan, wpun sepatutnya ramai la yg cuti. Tapi sebab dorg keje kot Jumaat, sbb tu xde yg balik... Sejak semalam ramai yg cakap saya dh kurus sket.. hehe. Satu pandangan positif. Ini yang buat lagi semangat untuk melawan hawa nafsu makan. Semalam sebelum

Boleh ke rindu simpan dalam pusat?

Assalamulaikum. Yerk!, bunyi memang macam ntah ape2, tapi itulah statementnya. Ini kisah benar, yang dipetik dari realiti sebuah kehidupan. Sekadar senda gurau di pagi hari... : Rindu kte x? : Biarlah kita simpan rindu tu.. : Nak simpan kat mane? Dalam poket ke? : Dalam pusat.. : Habislah busuk rindu tu.. : Biarlah busuk jadi pekasam. PUSAT Sains Negara Huhu... Macam xde mkna je saya post benda di atas.. haha... Em, saya rasa macam dh x best facebook, alih2 kalau adik saya la, dia ske la tgok gambar semua orang.. (jgn mare adik).. tapi saya tggu notification je baru nak tgok... Em..

Semuanya Kau pinjamkan padaku...

Assalamualaikum. Mungkin pembaca tertanya2, kenapa tulisan saya penuh dengan kesedihan dan perpisahan sejak akhir-akhir ini. Sesuatu telah berlaku dan saya hanya mampu meluahkannya di blog ini, kerana mungkin tiada orang lain yang mampu mendengar cerita yang pada mereka tidak ada pentingnya. Mungkin juga ada dikalangan pembaca sudah bosan membaca blog saya ini, namun setiap orang ada arus duka dan gembiranya, mungkin hari ini, bulan ini, tahun ini, tahun duka saya.. saya tak terdaya lagi menahan semuanya, saya akui, setiap apa yang kita lakukan adalah tanda Allah sedang menguji kita. Tanda Allah sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskannya, tanda Allah sedang membalas setiap perbuatan kita, kita patut bersyukur, duka ini mampu membersihakan dosa. Biarlah banyak duka yang Allah berikan, jangan Allah balasnya di akhirat nanti. Sekali lagi kita harus ingat, Allah turunkan setiap masalah, selayaknya atas diri manusia, Allah tidak menurunkan duka sekiranya tidak dapat tertanggung oleh

Kuat!

Bismillah, Engkau yang Maha Agung, Maha Pemurah... Kekuatan itu ada pada setiap hambaNya, namun sejauh mana kekuatan itu digunakan, bergantung kepada individu itu sendiri, setiap kita memiliki masalah yang berbeza, kita kadangkala terlalu sedih memikirkannnya, sehinggakan kita lupa ada mereka yang lebih sedih dari kita. Ada mereka yang mempunya masalah lebih besar dari kita. Hari ini aku belajar erti kekuatan, dan apa adanya kebencian dalam kekuatan. Mesti ayatnya agak janggal, atau ayatnya dilihat sebagai tidak logik langsung. Apa itu kebencian? dan kenapa pula harus dikaitkan dengan kekuatan. Tidak salah jika saya cuba menafsirkannya sebagai kuat untuk membenci. Huh, perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Tidak layak kita sebagai hambaNya meletakkan perasaan benci dalam diri. Atau benci itu sebagai satu percubaan, dalam melihat orang yang kita sayang bahagia hidupnya.

18hb

Ye, aku tggu sampai 18hb... Maksudny.. telah termaktub, pada 18hb dan seterusnya, tiada lagi ruang dan peluang utkku... Huh.. kenapa aku mesti tunggu tarikh itu? sedangkan aku telah tahu apa yg berlaku pada aku.. kenapa bukan 22hb? Belum tiba masanya lagi aku sudah dibuang... Ya Allah.. aku dah buntu... kenapa dengan 1 kasih sayang yang kau berikan ini, terasa payah utk diurus... Silap la yang aku kira dulu, yela, aku pun terlupa, takkan sewaktu tiba harinya, mesti sebelumnya.. Means...lagi sebulan jela... sebulan? sebulan je lagi tinggal... 

Sama, tidak berubah

Bukan semua benda kita boleh ubah, semuanya ketetapan Ilahi, benar, aku akui semua itu.. Namun hatiku tetap tidak kuat, kenapa perlu masih dihati, sedangkan hanya menyakiti? Zahir dan batinnya tetap tak dapat aku selami, aku lihat, aku tahu semua itu, kerana ia di depan mataku. Namun tiada langsung faedah yang aku perolehi, bibirku tetap tidak mampu tersenyum, apatah lagi ketawa, aku biarkan diriku asing tanpa kata-kata, aku akan biarkan jasadku kaku tanpa tindakan, semoga ada pengertian yang diperoleh olehnya, siksa hatiku meruntun nestapa.. berpanjangan...

Hanya padaMu ya Allah,

Meatball IKEA Alhamdulillah, semuanya bakal kembali normal, terima kasih kerana mendoakan, harapnya tiada lagi duka.. tiada lagi dusta. Yang tinggal kekuatan...  Ok, habis bab sedeh medih.. sekarang masuk bab makan, sebab dah kul 1.04 tengah hari, adik kesayangan aku si zainurulazwa zakaria (huh penuh), akan membawa meatball ini terus ke ofis, tak sabar rasanya. Ok, so untuk cerita hari ini, aku diminta observe guru baru yg dtg dari Nigeria, huhu.. tergeliat lidah rasanya speaking.. aku dh la mmg fail sket bab2 bahasa Inggeris ni.. tp xpe, dh settle pon... skrg ni, ada la dh kot pengganti utk subjek aku ni, kadang2 aku konfius, x byk lgsung la plak mengajar... mybe nak serap aku ke full pentadbiran kot... ok semua, selamat menjamu selera.

Musibah demi musibah...

Hari ini mungkin statusnya aku sedang bersedih, ibarat nasi, ada rencah2nya, lauk dan kuah... Laptop kesayangan tiba2 sakit.. terpaksa aku segera bergegas ke CP, g repair.. okla. sebab Allah dah tulis dye nak rosak rini... aku redha je, mmg bukan semua pun dalam dunia ni milik kita... bukan sahaja barang, duit ringgit, malah manusia sekalipun, bukan semua milik kita... so, esok aku decide utk amk moto... penatlah guna kete, dhla susah nak urus... jangan xtau, esok pagi2 aku ingat nak menapak je g keje... huh, mau kurus sampai Hafiz, haha... eh.. esk Khamis.. emm thn x pose ye? Nak menapak lagi... Tapi aku rasa oklah mcm ni, nak xnk aku kne jgk bwat.. betul kate adik kesayanganku, nak xnk masanya akan tiba, so aku rasa, inilah masanya... So, buat pembaca yg kat luar tu, mmg setiap ujian tu perit.. Tapi percayalah, Allah akan bagi manisnya, cuma cepat or lambat je... Kuat, aku mesti kuat.. aku kena kuat demi pengorbanan sebuah kasih sayang yg 1 Allah turunkan pada manusia... Ada 9 lag

Hari 1

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah. Hari ini satu hari yang cukup sukar bagiku... Entah kepada siapa lagi harus aku mengadu selain dariNya, bagaimana dapat kutahu bahawa Allah sedang berbicara denganku.. Em.. mungkin setiap yang menghimpit hatiku sekarang adalah tanda Allah sedang berbicara denganku, Allah sedang mengingatkan aku tentang hakikat setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, setiap kehidupan pasti ada kematian, begitu juga putaran kehidupan yang sedang aku lalui, maka aku dengan kuat memutuskan, pengorbanan terbesar yang harus aku lakukan jika mahu melihat orang yang aku cukup sayang bahagia hidupnya, sejahtera hatinya. Namun kenapa perlu ada yang tertewas dalam pelayaran, persoalan ini yang membuntukan setiap niat dan tindakanku, aku tahu Allah Maha Adil, tapi keadilan bagaimana yang aku perolehi, seorang bergembira dan aku terpaksa meruntun duka, ya Allah, ampunkan aku dengan andaian ini, aku tidak layak berkata begitu, semoga Kau nampakkan keadilan itu, kerna

Indahnya Kematian

Assalamualaikum, tertarik ana untuk berkongsi dengan sahabat pembaca tentang buku ini, meskipun ana baru membaca sehingga muka surat 10, banyak yang ana perolehi. Buku ini ana letak pada dashboard kereta, sekiranya ada waktu terluang menunggu sebarang aktiviti, akan ana buka dan baca isi kandungannya. Secara amnya, sekiranya dilihat pada tajuk, pasti semua orang tahu, apakah yang cuba disampaikan oleh buku ini, bahkan, setiap dari kita, sudah sedia maklum dengan segala isi kandungannya. Ya, bagaimana mahu menghadapi kematian. Betul. tepat sekali. Ana tertarik dengan satu perenggan yang diolah oleh penulis tentang apabila seseorang berkehendakkan kepada sesuatu, bahawa dia akan meminta dengan sangat kepada Allah, namun, bila dia telah memperolehinya, dia lupa pada Allah. Mungkin ana boleh beri satu contoh disini, yang mungkin kena juga dengan ana diketika ini, bilamana menginginkan jodoh, maka kita akan memohon dengan sangat, pernahkah kita menjamin, selesai sahaja lafaz nikah dan wa