Bismillah, Engkau yang Maha Agung, Maha Pemurah... Kekuatan itu ada pada setiap hambaNya, namun sejauh mana kekuatan itu digunakan, bergantung kepada individu itu sendiri, setiap kita memiliki masalah yang berbeza, kita kadangkala terlalu sedih memikirkannnya, sehinggakan kita lupa ada mereka yang lebih sedih dari kita. Ada mereka yang mempunya masalah lebih besar dari kita. Hari ini aku belajar erti kekuatan, dan apa adanya kebencian dalam kekuatan. Mesti ayatnya agak janggal, atau ayatnya dilihat sebagai tidak logik langsung. Apa itu kebencian? dan kenapa pula harus dikaitkan dengan kekuatan. Tidak salah jika saya cuba menafsirkannya sebagai kuat untuk membenci. Huh, perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Tidak layak kita sebagai hambaNya meletakkan perasaan benci dalam diri. Atau benci itu sebagai satu percubaan, dalam melihat orang yang kita sayang bahagia hidupnya.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...
k.rad...
ReplyDeletebermadah beno bunyinye..
xpaham teman..