Skip to main content

Masih ada yang mendoakan


"Assala,ualaikum kak rad. Nama saya xxx. Panggil je xxx.  Saya ni student taayah. Junior kak rad. Saya selalu ada masalah peribadi. selalunya yg berkaitan dgn rohanilah. Kwn ada je yg boleh nasihat. Tp sy nak lebih. Sejak masuk U ni mcm2 cabaran dtg. Kdg2 sy tak kuat. Tp sy tgk kak rad tak cm2. Kak Rad kuat. Saya taktaw cane kak rad survive. Boleh tak saya nk nasihat2 dr kak rad? Saya rindu suasana taayah. Saya pun rindu kak rad even kak rad tak kenal pun saya.Semoga Allah merahmati kak rad. Saya syg kak rad. Assalamualaikum. "


Kasih Sayang...
Alhamdulillah, agak terkejut ana menerima PM ini di FB petang tadi, ya Allah, masih ada yang mengingati diriku, tambahan lagi mendoakan diriku dirahmati oleh Allah. Meskipun sungguh banyak dosaku menggunung, semoga masih ada sekelumit saham yang aku tinggalkan semasa berada di Taayah dahulu, semoga ada antara adik2 yang telah aku tinggalkan dengan segala nasihat, masih mempraktikkannya sehingga ke hari ini. Masih ada juga yang menyayangi diriku... Ayat ini membuat aku terfikir, kenapalah aku mengejar kasih manusia, namun jika aku mengejar kasih yang Esa, aku tetap akan dapat kasih manusia.. benar kata Dr. Muhaya, jangan risau mengejar akhirat di kala di dunia, kerana dunia akan mengejar kita. Terima kasih pada adik yang PM ana petang tadi, janganlah segan silu memohon nasihat, sebab kita bersama boleh berbincang dan saling menasihati. Kata k. Zuraini Taayah yg glamour dlu.. "Kita nak masuk syurga bukan sorang2. Kita nak masuk syurga ramai2".

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...

Koleksi An-Nida'

Tokoh Islam - Ibnu Al-Baitar Nama Dhiya'uddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati Gelaran Al-'Asysyab - ilmuan yang mendalami bidang tumbuhan dan membuat ubat-ubatan daripada tumbuhan Tarikh Lahir 593 Hijrah bersamaan 1197 Masihi Tempat Lahir Maliqah, Sepanyol Meninggal Dunia 646 Hijrah bersamaan 1248 Masihi Sumbangan Pengasas dalam perkembangan ubat-ubatan dan penyembuhan penyakit Munajat Oh Tuhanku, Tiada indah satu malam Kecuali dengan bermunajat kepadaMu Tiada indah suatu siang Kecuali dengan berbuat taat kepadaMu Tiada indah dunia ini Kecuali dengan menyebut namaMu Tiada indah akhirat Kecuali bersama keampunanMu dan Tiada indah syurga Melainkan dengan melihat wajahMu... Nilai Tudung Wanita Disini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin yang lain keseluruha...

Kembali

السلام عليكم Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk merasakan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini... hari ini aku kembali ke blog ku yg kurasakan bukan sahaja telah bersawang, malah mungkin hampir mereput.