Skip to main content

Kenduri di Tronoh.

Assalamualaikum, hr ni nak cerita pasal semalam... Smlm ana berpeluang mengikut abg long ke rumah mak mertua adik ipar dia di tronoh. Ada kenduri kahwin, so tahniah kepada pengantin baru smlm... Time ktorg otw g tu, ktorg call la kakak ipar aku sorg ni, yg duduk dekat Sri Iskandar, isteri kepada arwah abg Ngah ku... Kot2 dia nak ikut... last2 x dpt jugak cntact. Tbe2 kebetulan, tengah jalan, terserempak, so abg long u-turn utk jumpe.. So, ana pun diperintahkan turun untuk menyapa kak aina, aku pun masuk ke kedai yang kak aina baru masuk, dengan lajunya, aku merempuh kakak, n ckp, "Opss, minta maaf ye kak".. haha.. surprise.. so x sgka la dpt jumpe smlm.... , lps berbual2 dengan mak n semua, maka kami meneruskan perjalanan ke rumah kenduri. ktorg sampai kenduri jam 10.45 pagi, awal woo.. katering pon baru sampai kot.. haha.. so, ktorg lepak la dulu kat rumah adik ipar si abg long ni... so, kat bawah ni, gambar2 yg sempat aku snap smlm...
Pengantin yang diraikan
Hanim & Zaaba
Kemalangan di Highway

Hantaran

Alang dan Yah

Benda ntah alang n Yah tengok

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...

Koleksi An-Nida'

Tokoh Islam - Ibnu Al-Baitar Nama Dhiya'uddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati Gelaran Al-'Asysyab - ilmuan yang mendalami bidang tumbuhan dan membuat ubat-ubatan daripada tumbuhan Tarikh Lahir 593 Hijrah bersamaan 1197 Masihi Tempat Lahir Maliqah, Sepanyol Meninggal Dunia 646 Hijrah bersamaan 1248 Masihi Sumbangan Pengasas dalam perkembangan ubat-ubatan dan penyembuhan penyakit Munajat Oh Tuhanku, Tiada indah satu malam Kecuali dengan bermunajat kepadaMu Tiada indah suatu siang Kecuali dengan berbuat taat kepadaMu Tiada indah dunia ini Kecuali dengan menyebut namaMu Tiada indah akhirat Kecuali bersama keampunanMu dan Tiada indah syurga Melainkan dengan melihat wajahMu... Nilai Tudung Wanita Disini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin yang lain keseluruha...

Kembali

السلام عليكم Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk merasakan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini... hari ini aku kembali ke blog ku yg kurasakan bukan sahaja telah bersawang, malah mungkin hampir mereput.