Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Abang Ngah.... 1969-2009

Allahuakbar... terlalu sukar rasanya menerima hakikat perginya abang ngah... satu perkara yang kurasakan seperti masih berada dalam mimpi. baru ahad yang lalu aku menemuinya... hari ini, dia tiada lagi di dunia ini. Tambahan lagi, aku terasa begitu dekat dengannya... namanya berada dalam namaku... Teringat aku bile Arwah ayah memberi nama kami sebegini rupa... Fadzil - Fadzilah, Radzi - Radziah, Nazri - Nazirah.... Arwah ayah harap sgt, masing2 menjaga 'kembar' masing2... Abg Ngah... mcm tau je yg aku baru habis study, rasanya tanggungjawab dia sudah dia tunaikan..... Cuti Krismas, 25 haribulan... Aku balik kampung bukan kerana abg ngah... Aku balik untuk menghadiri Majlis Walimah kakak Zai... Malam sebelum hari Khamis, aku drive kereta, bersama malam tu, zai... anis... aimi dan ita... kami sampai ke Changkat Lada dalam jam 1.00 pagi. sebelum tu, singgah ke menara condong, teluk intan. Itu la yang melambatkan sedikit perjalanan kami. Dipendekkan cerita, petang sabtu, aku dpt