Skip to main content

Semuanya Kau pinjamkan padaku...

Assalamualaikum. Mungkin pembaca tertanya2, kenapa tulisan saya penuh dengan kesedihan dan perpisahan sejak akhir-akhir ini. Sesuatu telah berlaku dan saya hanya mampu meluahkannya di blog ini, kerana mungkin tiada orang lain yang mampu mendengar cerita yang pada mereka tidak ada pentingnya. Mungkin juga ada dikalangan pembaca sudah bosan membaca blog saya ini, namun setiap orang ada arus duka dan gembiranya, mungkin hari ini, bulan ini, tahun ini, tahun duka saya.. saya tak terdaya lagi menahan semuanya, saya akui, setiap apa yang kita lakukan adalah tanda Allah sedang menguji kita. Tanda Allah sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskannya, tanda Allah sedang membalas setiap perbuatan kita, kita patut bersyukur, duka ini mampu membersihakan dosa. Biarlah banyak duka yang Allah berikan, jangan Allah balasnya di akhirat nanti. Sekali lagi kita harus ingat, Allah turunkan setiap masalah, selayaknya atas diri manusia, Allah tidak menurunkan duka sekiranya tidak dapat tertanggung oleh manusia. Bergembiralah wahai hati yang bersedih, kerana disebalik duka yang berpanjangan, yang pahit, Allah berikan gembira pada masa hadapan. Semoga kamu terus tabah... tabah... tabah...

Inilah dia balasan atas perbuatanku agaknya... Bukan agakkan lagi, malah realiti. Aku alpa dalam setiap perbuatanku, nah, rasakan sahaja penangan duka dariNya, lantas aku terpaksa menyebar redha dalam segenap ruang anggota dan hatiku... Namun setiap manusia diciptakan berbeza, em.. sama sebenarnya, cuma aku belum dapat tahap redha yang tinggi darinya, tahap sabar yang tinggi... tahap keegoan yang rendah... atau tiada keegoaan. "Anda boleh hidup dengan ego anda". Mungkin ada manusia di dunia ini hidup dengan keegoan, contohnya, sama sahaja manusia yang hidup dengan pendustaan. Asyik menipu sehingga kaya raya. Ada juga mereka yang hidup dalam mementingkan dirinya sendiri. Tidak fikir apa orang kata, tidak fikir hati orang terluka, harus lakukannya, kenapa kena tunggu orang lain?. Pelbagai senario yang dilihat hari ini, kita sering memikirkan masalah yang lebih besar, masalah pemberontakan, perang. Tetapi kita lupa membentuk diri kita sendiri. Alangkah manisnya jika kita berhenti dari memikirkan kepentingan diri, berhenti memikirkan tentang diri sendiri. Teruslah menuai amal....

Comments

Popular posts from this blog

Zai wa Habsah

Lupe plak ble ntah tarikh Habsah berkunjung ke s.alam. sempat jgk bwk dye jln2 sekitar s.alam. Maklumla... time tu ader kete... pg tadi, belek2 laptop si zai ni, jmper gmbr2 lama.. buat kengkwn or adk2 yg rasa free, jmput2 la dtg s.alam... bleh bwk g jln2.... tmpat pertama, mlm tu, bwk habsah solat maghrib, dgr tazkirah & sampai solat isyak kt masjid s.alam.. mlm2 baru best tgok permandangan luar & dalam ni... esoknya, baru bawak g jln2 kat pusat bandar... nnt la sambung. busy plak ni... byk lagi gmbar nak letak.. nnt ler...

Azam tahun baru

Assalamualaukum... fuhh... jenuh nak masuk blog ni... bersawang gler... dh lama x menulis..  & maybe sekarang nak start balik menulis... since banyak benda yg sepatutnya aku share dengan org... & perkongsian itu adalah perlu dalam memperkembangkan lagi pengetahuan yg diaspirasi dari pengalaman... Alhamdulillah... aku dh pun bergelar isteri kurang lebih 3 tahun... dan dh ada seorang puteri pun... emm... xde benda nak share hari ni... cuma nak motivate diru sendiri utk menguruskan badan... hehe... jom semua... tahun depan try utk kurus... sebelum kahwin dlu, aku 80 kot... then diet sampai 59... skrg ni naik balik 70, klau x hati2 mau naik balik ni... huhu

Istikarah

Takdir langit menukar warna Dari jingga ke kelam mata Dalam jubah tanganku melata Merunduk runtun terus meminta Aku bercinta dalam dilema Mencari yang tiada dijangka Biar sakit yang kau sedia Sepenuh jiwa aku redha Adanya satu itu kelabu Adanya satu itu pasti bertemu Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah Istikharah.. Istikharah.. Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku Dari tanya dan keliru Istikharah.. Istikharah Demi nama-Mu ya Allah Aku sujud penuh menyembah Berikan aku jawapannya Biar sakit biar pahit Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku LAGU : RAZIN MESTICA LIRIK : MASS MOHAMAD