Assalamualaikum, tertarik ana untuk berkongsi dengan sahabat pembaca tentang buku ini, meskipun ana baru membaca sehingga muka surat 10, banyak yang ana perolehi. Buku ini ana letak pada dashboard kereta, sekiranya ada waktu terluang menunggu sebarang aktiviti, akan ana buka dan baca isi kandungannya. Secara amnya, sekiranya dilihat pada tajuk, pasti semua orang tahu, apakah yang cuba disampaikan oleh buku ini, bahkan, setiap dari kita, sudah sedia maklum dengan segala isi kandungannya. Ya, bagaimana mahu menghadapi kematian. Betul. tepat sekali. Ana tertarik dengan satu perenggan yang diolah oleh penulis tentang apabila seseorang berkehendakkan kepada sesuatu, bahawa dia akan meminta dengan sangat kepada Allah, namun, bila dia telah memperolehinya, dia lupa pada Allah. Mungkin ana boleh beri satu contoh disini, yang mungkin kena juga dengan ana diketika ini, bilamana menginginkan jodoh, maka kita akan memohon dengan sangat, pernahkah kita menjamin, selesai sahaja lafaz nikah dan walimatul urus, adakah kita akan konsistem dalam ibadah dan doa kita? Inilah yang dikatakan sebagai iabdah bermusim. Sama juga dengan tingkahlaku kita, ketika Palestin dibedal oleh Israel, kita bersemangat dalam memboikot barangan Israel, namun setelah selesai semua isu, kita kembali menggunakan barangan tersebut. Pokok panggal dalam menikmati indahnya kematian adalah iman kita, kuatkan iman, ibarat kata Ustazah Hafizah Musa yang sering ana jadikan teladan dan ana share pada usrah minggu lepas, jangan jadi orang yang mahu menghalau anjing, tapi tidak sedar pada tangannya ada tulang. Bermakna, kadangkala kita mahu menghalau syaitan dari dalam diri kita, namun kita tidak sedar, ada mazmumah dalam diri yang tidak mungkin menghalau syaitan tadi.. Wallahuaklam, nanti bila ana baca lagi, ana share k! Salam.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...

Comments
Post a Comment