Skip to main content

Posts

Cuti.....

Bukan senang dapat cuti hari bekerja mcm ni... seminggu weyh.. dah mcm cikgu.. Tp tula yang dikatakan rezeki.. Rindu sgt dah kat mak.. Nak dkt 4-5 bulan x jenguk mak kt kg.. tp, xtaula bler nak blk. Tiket x beli lg.. kalau ada pintu doraemon kan best... 19-21 aribln ni lg x sbr.. nak blk Taayah... adoii, rindu sgt da kt taayah ni... Kembara Ukhwah III. Ingat lagi time sama-sama dengan Habsah jd pengasas kepada Kembara Ukhwah I & II.. Tema mula-mula.. Ikut Hati.. Tema KU II, Paksa Hati.. Kali ni, KU III cik dalilah plak yg akan conduct... xtau plak tema apa yg dia nak bwk.. Harap2 lps ni... ada dikalangan junior Taayah yg bleh smbung Program kitaorang ni.. Maklumlah.. semakin meningkat usia ni.. semakin byk komitmen len yg perlu didahulukan.. Whateverpon... kami sentiasa berdiri dibelakang adik2 semua... Chewah... ingat nak buat laman blog khas untuk Kembara Ukhwah... tp x sempat lg.. spe yg bleh tolong buatkn, bgtau yerk.. hehe

16 MEI........

16 Mei disambut juga, rasa nak kongsi dengan pembaca.... Menyambut Hari Guru.. satu keluarga bukan yg asing... Tak heranlah.. dr Arwah Ayah.. sampailah ke anak-anak menantu semuanya GURU. Kita mulakan dengan Arwah Ayah dulu... Ustaz Hj Salleh b Hj Hussein. Berkhidmat sebagai Guru Agama di sebuah sekolah di Parit Abas, Perak. Petangnya pula, arwah ayah mengajar lagi di Sekolah Agama Rakyat Islamiah Ad-Diniah (kalau x silap), dan pernah menjd Guru Besar di situ. Arwah Ayah menghembuskan nafas terakhir pada Feb 2003. Ok, seterusnya, kita pergi kepada yang sulung. Ustaz Hj Muhammad Fadzil b Hj Salleh. Sekarang sedang berkhidmat di Sek Men Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Mengajar Pendidikan Islam dan juga pemeriksa kertas PMR. Berkahwin pula dengan Pn Hjh Norizan bt Hj Abdul Wahab yang sekarang berkhidmat di Sek Keb Sg Burong, Kuala Kurau (sekolah rendah dulu). Optionnya, Bahasa Melayu, juga pemeriksa kertas Bahasa Melayu UPSR. Next, kita pergi ke anak no2, Abg Ngah.. Ustaz Muhammad Radzi ...

Zai wa Habsah

Lupe plak ble ntah tarikh Habsah berkunjung ke s.alam. sempat jgk bwk dye jln2 sekitar s.alam. Maklumla... time tu ader kete... pg tadi, belek2 laptop si zai ni, jmper gmbr2 lama.. buat kengkwn or adk2 yg rasa free, jmput2 la dtg s.alam... bleh bwk g jln2.... tmpat pertama, mlm tu, bwk habsah solat maghrib, dgr tazkirah & sampai solat isyak kt masjid s.alam.. mlm2 baru best tgok permandangan luar & dalam ni... esoknya, baru bawak g jln2 kat pusat bandar... nnt la sambung. busy plak ni... byk lagi gmbar nak letak.. nnt ler...

Penatnya la haii keje ofis......

Assalamualikum..... Allahu Akbar.. baru terasa kepenatan bekerja... bagaimanalah orang yang bekerja saban hari dari jam 8 pg sehingga 5 ptg sepanjang tahun?... Mungkin selama ni, asyik berada dalam ruang lingkup keluarga yang semuanya pendidik... x rasa perit bekerja.. sekarang... time makan, minum... bersama kawan2 pon rasa x terurus... lagi kuatlah perasaan ini mahu meneruskan cita2 sebagai pendidik.. x sanggup rasanya terus bekerja ofis.. nanti kalau dah kahwin.. hehe... lagi la kurang masa bersama keluarga.. sekarang pon... pukul 2.40 pagi taip blog ni.. ni je masa yang ada, itupon sbb mata x ngantok.. apa2 pun doakan semoga ana terus tabah bekerja.. lagi +kurang 170 hari je lagi.. aduh.. lama jgk tu...

Kembali kepada Al-Quran wa Sunnah

Bismillah... rasanya terlalu sukar menerima apa yang sedang berlaku.. satu ketidakadilan yang mungkin entah bila akan diperlihatkan. Inilah yang dikatakan hikmah dari yang Esa, ada sesuatu yang sebenarnya tersirat. Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku. Terasa seperti satu permainan kanak2.. mereka yang terlibat bagaikan ank2 yang tdk tahu apa yang sepatutnya mereka perjuangkan. Ada yang kononya memperjuangkan Ketuanan Melayu, ada yang memperjuangkan Keadilan Rakyat, terlalu obses dengan perjuangan sendiri sehingga mereka lupa, perjuangan untuk Islam itu lebih selayaknya. Kpd yang memperjuangkan Keadilan Rakyat lupa bahawa mereka dahulu juga merupakan pejuang Ketuanan Melayu. Kenapa tidak me'lompat' sahaja utk memperjuangkan ISLAM di dunia? Kita bertuah kerana kini ramai para cendiakawan terutama mahasiswa sekarang lebih intelek. Bijak menentukan yang lebih secocok dgn jiwa mereka. Mat Rempit hari ini juga tahu kemana harus mereka ekori, jika bukan pada 'pembela' me...

Taayah yang dirindui...

Rindu sungguh pada Taayah, ingat lagi time mula-mula masuk Taayah dulu, dah la bulan puasa.. sedeh betol bila x dpt makan masakan mak lagi, makan dlm try je, berjurai jgk airmata bila time nak berbuka tu.. taayah ni memang istimewa, x tau la sbb apa x bleh lupa lgsung, no wonder la smpai skrg stil lagi dtg jenguk adk2, wpon dah xder sape2 dh yg dikenali.. buat sahabat2 yg nk update psl taayah, bleh tanya yer.. dlu masa f4 sedeh jugak x dpt msk kelas sains, so mntak SMKA kerian, dpt.. Tp dah xnk pergi pulak, sbb rasa syg nak tggalkan Taayah.. pastu, time SPM dpt jugak uitm machang wat diploma, tapi... stil lagi syg kt Taayah, kali kedua tolak lagi tawaran.. Malang plak nasib bler lps f6 x dpt maner2.. pergila merantau g MSU, U swasta baru milik bumiputera.. Amik ICT (Multimedia).. & now, bakal praktikal kat Taayah.. tmpat yg penuh nostalgia & disinilah.. tempat jatuh bangun sehingga skrg pelbagai pengalaman dipelajari... Ok, sekarang.. ni saya copy dr Reaksi kat Laman Web Taaya...

Koleksi An-Nida'

Tokoh Islam - Ibnu Al-Baitar Nama Dhiya'uddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati Gelaran Al-'Asysyab - ilmuan yang mendalami bidang tumbuhan dan membuat ubat-ubatan daripada tumbuhan Tarikh Lahir 593 Hijrah bersamaan 1197 Masihi Tempat Lahir Maliqah, Sepanyol Meninggal Dunia 646 Hijrah bersamaan 1248 Masihi Sumbangan Pengasas dalam perkembangan ubat-ubatan dan penyembuhan penyakit Munajat Oh Tuhanku, Tiada indah satu malam Kecuali dengan bermunajat kepadaMu Tiada indah suatu siang Kecuali dengan berbuat taat kepadaMu Tiada indah dunia ini Kecuali dengan menyebut namaMu Tiada indah akhirat Kecuali bersama keampunanMu dan Tiada indah syurga Melainkan dengan melihat wajahMu... Nilai Tudung Wanita Disini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin yang lain keseluruha...