Skip to main content

Koleksi An-Nida'

Tokoh Islam - Ibnu Al-Baitar

Nama
Dhiya'uddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati
Gelaran
Al-'Asysyab - ilmuan yang mendalami bidang tumbuhan dan membuat ubat-ubatan daripada tumbuhan
Tarikh Lahir
593 Hijrah bersamaan 1197 Masihi
Tempat Lahir
Maliqah, Sepanyol
Meninggal Dunia
646 Hijrah bersamaan 1248 Masihi
Sumbangan
Pengasas dalam perkembangan ubat-ubatan dan penyembuhan penyakit

Munajat





Oh Tuhanku,
Tiada indah satu malam

Kecuali dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu siang
Kecuali dengan berbuat taat kepadaMu
Tiada indah dunia ini
Kecuali dengan menyebut namaMu
Tiada indah akhirat
Kecuali bersama keampunanMu
dan Tiada indah syurga
Melainkan dengan melihat wajahMu...


Nilai Tudung Wanita

Disini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin yang lain keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Sama ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.




Mari Renungkan

  • Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

  • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini adalah tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

  • Syukur dengan nikmat dan sabar dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

  • Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

  • Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasatidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur dan tidak ada tanda-tanda kesal atas kesalahan.

Dipetik dari An-Nida, Persada SERATA 2004

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...

Kembali

السلام عليكم Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk merasakan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini... hari ini aku kembali ke blog ku yg kurasakan bukan sahaja telah bersawang, malah mungkin hampir mereput.