16 Mei disambut juga, rasa nak kongsi dengan pembaca.... Menyambut Hari Guru.. satu keluarga bukan yg asing... Tak heranlah.. dr Arwah Ayah.. sampailah ke anak-anak menantu semuanya GURU. Kita mulakan dengan Arwah Ayah dulu... Ustaz Hj Salleh b Hj Hussein. Berkhidmat sebagai Guru Agama di sebuah sekolah di Parit Abas, Perak. Petangnya pula, arwah ayah mengajar lagi di Sekolah Agama Rakyat Islamiah Ad-Diniah (kalau x silap), dan pernah menjd Guru Besar di situ. Arwah Ayah menghembuskan nafas terakhir pada Feb 2003. Ok, seterusnya, kita pergi kepada yang sulung. Ustaz Hj Muhammad Fadzil b Hj Salleh. Sekarang sedang berkhidmat di Sek Men Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Mengajar Pendidikan Islam dan juga pemeriksa kertas PMR. Berkahwin pula dengan Pn Hjh Norizan bt Hj Abdul Wahab yang sekarang berkhidmat di Sek Keb Sg Burong, Kuala Kurau (sekolah rendah dulu). Optionnya, Bahasa Melayu, juga pemeriksa kertas Bahasa Melayu UPSR. Next, kita pergi ke anak no2, Abg Ngah.. Ustaz Muhammad Radzi b Hj Salleh. Ini je yg x jd GURU. Dulu pernah la mengajar kejap. Tp, bukan jiwa kot.. So, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Agama (Kadhi), PTA daerah Sri Iskandar. Nak jd BOSS kot... xperla, kira x boleh la wish dekat Abg Ngah SELAMAT HARI GURU.. Haha. Walaubagaimanapun, mujur la dia berkahwin dengan Pn Aina Safiah bt Sudin Ali ni, at least.. masih dekat dengan jiwa GURU tu. Kak Aina, sekarang bertugas di SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob. Ringkasnya SMK DARY, dekat BOTA Kanan. Dah abis kisah anak kedua.. Jom tengok Anak Ketika pasangan Ustaz Hj Salleh & Hjh Zainap ni... Cikgu Fadzilah bt Hj Salleh. Sekarang berkhidmat di Sek Raja Dr Nazrin Shah, di Kampung Gajah Perak. Option akak ni, lebih kepada Sains & Ekonomi. So, dia mmg cikgu Sains PMR & Ekonomi Asas. Berkahwin pula dengan Ustaz Ishak b Hj Kamaruddin. Sekarang bertugas di Sek Men Dato' Maharaja Lela, juga terletak di Kampung Gajah. Mengajar Bahasa Arab. Oklah, next one... Abg Ayie... Muhammad Nazri b Hj Salleh, yg sekarang berkhidmat di Sek Men Tun Fuad, Sabah...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...
Comments
Post a Comment