Skip to main content

Abang Ngah.... 1969-2009

Allahuakbar... terlalu sukar rasanya menerima hakikat perginya abang ngah... satu perkara yang kurasakan seperti masih berada dalam mimpi. baru ahad yang lalu aku menemuinya... hari ini, dia tiada lagi di dunia ini. Tambahan lagi, aku terasa begitu dekat dengannya... namanya berada dalam namaku... Teringat aku bile Arwah ayah memberi nama kami sebegini rupa... Fadzil - Fadzilah, Radzi - Radziah, Nazri - Nazirah.... Arwah ayah harap sgt, masing2 menjaga 'kembar' masing2... Abg Ngah... mcm tau je yg aku baru habis study, rasanya tanggungjawab dia sudah dia tunaikan.....
Cuti Krismas, 25 haribulan... Aku balik kampung bukan kerana abg ngah... Aku balik untuk menghadiri Majlis Walimah kakak Zai... Malam sebelum hari Khamis, aku drive kereta, bersama malam tu, zai... anis... aimi dan ita... kami sampai ke Changkat Lada dalam jam 1.00 pagi. sebelum tu, singgah ke menara condong, teluk intan. Itu la yang melambatkan sedikit perjalanan kami.
Dipendekkan cerita, petang sabtu, aku dpt call... abg ngah masuk ICU. Time tu, aku mengharapkan miracle... he's will be ok. Aku balik ke rumah alang di kuarters guru Sarjana. Bersama sekali ita & aimi. Malam itu, aku x pergi ke majlis nikah kakak zai.. rasa penat sangat, semalaman drive & tolong keluarga zai membuat persiapan sepanjang hari.
Pagi Sabtu... 26 Disember... aku & alang bergegas ke Ipoh, bila dikhabarkan abg ngah tenat. Kami menaiki kereta berasingan. sepanjang perjalanan ke Ipoh, aku bercerita tentang arwah pada ita & aimi... sengaja bercerita.. sambil mengekori kereta alang dari belakang. Sebaik tiba di bandar ipoh, aku memotong kereta alang. Maklumlah, jalan itu sudah familiar denganku... namun aku tersilap.. ku sangkakan abg ngah di hospital besar ipoh... tp rupanya di hospital Pantai... sempat aku singgah ke Taayah sebelum U-Turn semula. Aku khabarkan pada ustazah Rozaidah dan cikgu Noriah ketika itu.. bilamana terlihat mereka berada di perkarangan sekolah... (sambung nanti)

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...

Koleksi An-Nida'

Tokoh Islam - Ibnu Al-Baitar Nama Dhiya'uddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati Gelaran Al-'Asysyab - ilmuan yang mendalami bidang tumbuhan dan membuat ubat-ubatan daripada tumbuhan Tarikh Lahir 593 Hijrah bersamaan 1197 Masihi Tempat Lahir Maliqah, Sepanyol Meninggal Dunia 646 Hijrah bersamaan 1248 Masihi Sumbangan Pengasas dalam perkembangan ubat-ubatan dan penyembuhan penyakit Munajat Oh Tuhanku, Tiada indah satu malam Kecuali dengan bermunajat kepadaMu Tiada indah suatu siang Kecuali dengan berbuat taat kepadaMu Tiada indah dunia ini Kecuali dengan menyebut namaMu Tiada indah akhirat Kecuali bersama keampunanMu dan Tiada indah syurga Melainkan dengan melihat wajahMu... Nilai Tudung Wanita Disini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin yang lain keseluruha...

Kembali

السلام عليكم Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk merasakan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini... hari ini aku kembali ke blog ku yg kurasakan bukan sahaja telah bersawang, malah mungkin hampir mereput.