Skip to main content

Nidaul Zikri - Suatu Wadah Tradisi

Jika dahulu, PERSADA Taayah glamour & berbangga dengan keluaran An-Nida, diikuti dengan majalah Lujnah Kesenian Islam, Wehdatul Fikri... dan yang terkini, bila aku berkesempatan berkunjung ke Taayah untuk kesekian kali tahun ini, aku mencari majalah ini... betul kata editor pada keluaran kali ini... Nidaul Zikri, suatu wadah tradisi.... kesinambungan dari kepimpinan PERSADA terdahulu, menerbitkan sesuatu yang cukup berguna untuk dijadikan bekal masa hadapan. Kawan-kawan, adik-adik yang masih ada simpan majalah2 terbitan PERSADA ni, meh share mana2 bahagian atau cerita yang x boleh dilupakan sampai sekarang.

Tadi, masa tggu si zai jumpa lecturer, sempat la membelek Nidaul-Zikri, dah lama ada kt tangan, tapi x pernah khatam, ada satu bahagian buat aku tergelak jap. X kisah la kalau ader org yang pernah terbaca tentang ni, tp, aku 1st time bace arini....

Antara ceritanya......
Rumahtangga Minah & Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya mengganggu jiran tertangga. "Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu & mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau". terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasa. Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga sangat hairan melihat Minah yang tidak takut langsung dengan ugutan suaminya dahulu. "Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dahulu?" tanya jirannya. "Tidak" jawab Minah. "Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah"

Itu je buat kali ni, nnt update lagi.. sape2 nak Nidaul Zikri ni, kalau susah nak g Taayah, mintak jela kt rad/ k.rad. InsyaAllah, kalau area KL ni, bebudak UM, UKM, UiTM, UPM ker... maner2 jela, bleh je hantor.. nak soh pos pon bleh... hehe.. Harga lebih kurang dlu je... sape x bese beli tu.. xtau la kot harganya... hehe.. Daaa....

Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...

Koleksi An-Nida'

Tokoh Islam - Ibnu Al-Baitar Nama Dhiya'uddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati Gelaran Al-'Asysyab - ilmuan yang mendalami bidang tumbuhan dan membuat ubat-ubatan daripada tumbuhan Tarikh Lahir 593 Hijrah bersamaan 1197 Masihi Tempat Lahir Maliqah, Sepanyol Meninggal Dunia 646 Hijrah bersamaan 1248 Masihi Sumbangan Pengasas dalam perkembangan ubat-ubatan dan penyembuhan penyakit Munajat Oh Tuhanku, Tiada indah satu malam Kecuali dengan bermunajat kepadaMu Tiada indah suatu siang Kecuali dengan berbuat taat kepadaMu Tiada indah dunia ini Kecuali dengan menyebut namaMu Tiada indah akhirat Kecuali bersama keampunanMu dan Tiada indah syurga Melainkan dengan melihat wajahMu... Nilai Tudung Wanita Disini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin yang lain keseluruha...

Kembali

السلام عليكم Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk merasakan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini... hari ini aku kembali ke blog ku yg kurasakan bukan sahaja telah bersawang, malah mungkin hampir mereput.