Saban hari aku dihujani rasa tidak puas hati adk2 ku terhadap warden mereka... Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan? Aku sendiri tidak pasti. Namun jika dinilai dari zahirnya, jiwa manusia memang berbeza. Namun perbezaan yang Allah berikan ini sebenarnya bukan untuk dijadikan senjata membezakan kita dengan insan lain. Ternyata jiwa & diriku memang terlalu lembut. Mungkin aku bukan orang yang layak menilai orang lain. Kerana Allah telah kurniakan aku satu sifat yang aku sendiri berbangga dengannya. Terima Kasih Allah. Janganlah Kau golongkan aku antara orang yang kau benci & dibenci oleh orang lain. Terima Kasih Allah kerana kau kurniakan aku sifat kasih sayang yang tidak terhingga. Mudah menyayangi & sifat kemanusiaan yang tinggi. Terkadang, aku sendiri keliru, kenapa orang mesti menindas yang lain. Adakah mereka lupa bahawa mereka juga manusia biasa? Terima kasih pada kak ilah sebab bagi aku kata-kata yang sampai sekarang aku guna untuk diri. Kita kena hormat orang lain dahulu kalau nak orang lain hormat kita. Apa-apa, gunalah kata-kata ni. Apa salahnya kalau kita sebagai seorang guru, tunjukkkan contoh. Barula student respect kat kita. Cuba bayangkan, kalau kita adakan peraturan untuk gotong-royong, wajibkan student turun, tapi... kita sendiri goyang kaki.... adoiii... macam mana student nak respect. Jangan sekali-kali kita buat orang lain benci dengan diri kita... cuba bayangkan.. disebabkan ini... student benci dengan kita.. percay atau tidak.. memang realiti.. untuk seorang yang kita tidak suka. Akan didarab dengan 10 orang yang akan membenci diri kita. Ibarat kata Nabil, pikirlah sendiri... Buat adk2 ku.. Bersabarlah, walaupun akak tahu bahawa bukan senang untuk tanamkan rasa sabar pada perkara yang mungkin terlalu sukar lagi untuk kita tanam kesabaran. Mungkin adik2 salah dalam menanam kesabaran.. Tanamlah bersama-sama ketabahan.. Kekuatan untuk terus melangkah... Allah sayangkan orang-orang yang BENAR. Sentiasalah jadi yang benar..... ok?!!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini,...
Comments
Post a Comment